Perak Hari Ini

LBT-LMT Meterai Perjanjian Tambahan OMA

IPOH:Kerjasama dan tarif baru yang dipersetujui pihak Lekir Buld Terminal (LBT) dan Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB) diharap mampu melonjak pengendalian sekitar 231 juta tan arang batu dengan hasil kira-kira RM800 juta.

Berikutan itu, satu majlis menandatangani pembaharuan Perjanjian Operasi dan Penyelenggaraan (OMA) dan perjanjian tambahan (OMA2,OMA3) telah berlangsung diantara pihak LBT dan LMT di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian disempurnakan oleh Pengerusi Lumut Maritime Terminal, Datuk Azian Osman, Datuk Zainuddin Ibrahim dan Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Datuk Zainudin Ibrahim serta disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd, Mubarak Ali Gulam Rasul dan Pengarah Urusan Integrax Mohamad Zahir Ismail.

Zainudin dalam ucapannya berkata, pihak LBT dan LMT selain memperbaharui perjanjian OMA sedia ada, OMA2, OMA3 akan berperanan bagi mengendalikan kemudahan arang batu ke stesen janakuasa Janamanjung.

“Rundingan bagi perjanjian OMA telah bermula sejak dua tahun yang lepas dan kita telah melihat peningkatan koordinasi antara kedua belah pihak dan amat penting bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

“Dengan kerjasama ini diharap dapat membawa kedua buah syarikat LBT dan LMT ke arah masa hadapan yang cemerlang,” katanya.

Sebagai sebahagian pembekal utama TNB Janamanjung, Lumut Maritime Terminal mengendalikan Terminal Lekir Bulk (LBT  milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menguruskan sebanyak 13 juta tan arang batu setiap tahun untuk lima unit janakuasa di TNB Janamanjung.

Pertambahan perjanjian bagi OMA2 dan OMA3 adalah untuk meningkatkan keupayaan daya janakuasa bagi tempoh yang ditetapkan.

Pelabuhan Lumut mengandungi dua terminal iaitu LBT, terminal pukal kering arang batu yang dimiliki oleh Lekir Bulk Terminal Sdn Bhd, anak syarikat 80 peratus milik Integrax, adalah pembekal tunggal perkhidmatan pengendalian dan penghantaran arang batu bagi loji kuasa Janamanjung TNB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");