Jenayah

Lelaki Maut, Dua Anggota Polis Cedera Parah

TAIPING – Seorang lelaki meninggal dunia manakala dua anggota polis mengalami cedera parah dan seorang lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kejadian kemalangan di KM 223 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara.

Menurut sumber kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi tadi apabila ketiga-tiga anggota berpangkat koperal itu difahamkan sedang membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami masalah kereta.

Difahamkan sebuah lori treler jenis Hino telah melanggar kenderaan anggota polis dan mangsa sehingga mengakibatkan pemandu kenderaan berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua anggota polis yang mengalami cedera parah telah dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, maklumat daripada pasukan bomba mendapati, lori treler yang membawa muatan barangan runcit itu telah melanggar kedua-dua kenderaan terbabit yang diletakkan di bahu jalan.

Mangsa yang maut telah terperosok di bawah kenderaan peronda polis berikutan pelanggaran dari arah belakang kereta.

Pihak Bomba telah membantu mengalihkan kenderaan peronda polis dan mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian.

Semua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi selesai kira-kira jam 10.20 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");