Perak Hari Ini

Lepasan Kolej Komuniti Ada Lebih Peluang Dapat Pekerjaan

LENGGONG:Pelajar lepasan Kolej Komuniti di negara ini mempunyai kebolehpasaran bagi memperolehi peluang pekerjaan yang tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata berdasarkan rekod sebanyak 96.7 peratus iaitu hampir keseluruhan lepasan kolej komuniti memperolehi pekerjaan berbanding lepasan universiti iaitu sebanyak 79.1 peratus.

“Orang ramai perlu membuka minda semula untuk menilai bukan hanya memilih bidang akademik yang ditawarkan universiti tetapi juga bidang kemahiran serta vokasional yang ditawarkan oleh kolej komuniti.

“Mereka perlu memberi perimbangan bahawa kepentingan akademik dan kemahiran perlu ditambah bagi menempuh zaman revolusi perindustrian 4.0 kini,” katanya kepada media selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Lenggong di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Datuk Saarani Mohamad.

Katanya pembukaan Kolej Komuniti Lenggong yang merupakan kolej ke -98 dibuka dalam negara ini akan memberi fokus kepada kursus pelancongan dan pengembaraan sesuaian dengan Lenggong sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

“Kursus ditawarkan adalah fleksibel seperti krusus pendek iaitu solekan, krusus industri kecil dan sederhana (IKS) yang turut dihadiri oleh seorang pelajar berusia 70 tahun,” katanya.

Katanya lagi, kolej komuniti menawarkan 48 sijil dan 17 diploma bagi pelbagai jenis bidang malah terbuka tanpa mengira peringkat umur termasuk penyertaan warga emas.

“Kursus kolej komuniti adalah terbuka untuk sesiapa sahaja tidak mengira umur ini serta masih relevan, iaitu satu pusat vokasional dan teknikal yang terdapat di seluruh nengara untuk kebaikan rakyat kerana tertumpu khusus untuk orang setempat,” katanya.

Tambah Idris lagi, lepasan yang bergraduat daripada kolej komuniti juga boleh menyambung pengajian ke universiti yang mana pusat pendidik ini menerapkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Kolej Komuniti Cawangan Lenggong kini beroperasi di sebuah bangunan milik Majlis Daerah lenggong dan merupakan kolej komuniti ke-14 dibangunkan di negeri ini.

Menawarkan sijil sepenuh masa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan serta beberapa kursus jangka pendek seperti kursus pembuatan mee kuning dan ukiran buah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");