Sukan Hari Ini

Liverpool Mudah Benam Manchester City

LIVERPOOL terus mempamerkan taring dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila membenam cabaran Manchester City, 3-0 pada aksi Suku Akhir Pertama di Stadium, Anfield, sebentar tadi.

Angka 12,21 dan 31 nyata menjadi igauan buruk buat barisan pemain The Citizens apabila Mohamed Salah, Alex Oxlade Chamberlain dan Sadio Mane meledak gol membantu Liverpool meraih bekalan selesa dilaman sendiri untuk kembali beraksi ditempat lawan pada aksi timbal balik.

Dalam perlawanan yang berlangsung dengan tempo pantas pada 10 minit pertama, Salah yang sentiasa dibayangi pertahanan pelawat bagaimanapun bijak memanfaatkan kekalutan dalam kotak penalti lawan untuk merembat deras bola menewaskan Ederson pada minit ke 12 memetk sumber dari Sinar harian.

Kesilapan pemain Manchester City terus dihukum Liverpool apabila Oxlade Chamberlain melakukan rembatan deras menarik dari luar kotak penalti pada minit ke 21 untuk memastikan bola menerjah jarring gol pelawat buat kali kedua yang gagal diselamatkan Ederson.

Tersentak dengan dua gol tersebut, anak didik Pep Guardiola bangkit melancarkan serangan memburu gol namun kekebalan benteng pertahanan yang diterajui Virgil van Dijk dan Dejan Lovren menafikan impian jentera serangan pelawat yang dipimpin David Silva, Gabriel Jesus dan Leroy Sane.

Aksi pantas yang dipamerkan kedua-dua pasukan nyata menghiburkan perlawanan selain kehebatan benteng muda tuan rumah,, Robertson dan Alexander Arnold menjadi perhatian apabila berjaya mematahkan pelawat dari bahagian sayap kiri dan kanan.

Salah terus menjadi duri dalam daging buat pelawat apabila hantaran cantiknya dalam kotak penalti pada minit ke 31 dimanfaatkan sepenuhnya Mane dengan tandukan yang menghasilkan gol ketiga.

Berbaki 16 minit separuh masa pertama kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan memburu gol namun keputusan kekal sehingga pemain beredar ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua tiada pertukaran dilakukan kedua pasukan dengan pelawat dilihat lebih mendominasi perlawanan melalui beberapa gerakan berbahaya.

Kehilangan Salah pada minit ke 52 yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan nyata merubah tempo permainan Liverpool yang dilihat lebih banyak bertahan dan hanya sesekali melakukan serangan balas ke kubu lawan.

Situasi tersebut memberi kelebihan buat pelawat yang berterusan melakukan serangan namun kekebalan dan semangat berpasukan tinggi dipamerkan anak didik Jurgen Klopp memastikan keputusan kekal dengan kemenangan Liverpool 3-0 mengatasi Manchester City.

Satu lagi perlawanan peringkat suku akhir pertama diantara Barcelona melayan kunjungan AS Roma di Nou Camp, tuan rumah tidak berdepan masalah menundukkan lawan dengan keputusan 4-1.

Gol pertama dan kedua Barca diperolehi hasil jaringan sendiri pemain As Roma, Daniele De Rossi pada minit ke 38 dan Kostas Manolas (m-55) sebelum Gerard Pique menjaringkan gol empat minit kemudian dan Luis Suarez (m-87) manakala gol saguhati pelawat dimiliki hasil jaringan bekas pemain Manchester City, Edin Dzeko pada minit ke 80.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");