Berita Hari Ini

Majlis Tilawah, Hafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Bermula

PUTRAJAY: Buat pertama kali, Kompleks Islam Putrajaya di Presint 3 di sini, menjadi lokasi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-61 2018/1439 Hijrah yang bermula malam tadi.

Kompleks Islam Putrajaya yang dirasmikan pada Julai tahun lalu, bakal menyaksikan penyertaan 107 peserta bagi kategori tilawah dan hafazan pada majlis yang berlangsung sehingga 6 April ini.

Tema Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada kali ini ialah ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’.

Lima peserta terdiri daripada tiga qari dan dua qariah memperdengarkan bacaan al-Quran pada malam tadi, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Tiga qari berkenaan ialah Azraie Abdul Hak yang mewakili Melaka dan membaca surah Al-Isra’ ayat 70; Mohd Khalil Mohd Zari (Pahang) membaca surah Al-Anbiya’ ayat 30 dan Mohd Muslim Ali (Johor) membaca surah An-Nisa’ ayat 94.

Sementara dua qariah yang memperdengarkan bacaan ialah Siti Aishah Md Arif dari Perlis yang membaca surah An-Nur ayat 19 dan Nur Faten Izzati Rablin dari Sabah, membaca surah Al-Mukminun ayat 51.

Penyertaan bagi kategori tilawah melibatkan 28 peserta, masing-masing 14 qari dan 14 qariah mewakili 14 negeri.

Sementara kategori menghafaz al-Quran pula membabitkan 79 peserta terdiri, daripada 42 lelaki dan 37 wanita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");