Isu Panas

Manifesto BN Jawab Kerisauan Rakyat

KUALA LUMPUR : Aku janji khusus untuk setiap negeri yang dilancarkan pada Manifesto Barisan Nasional (BN), semalam menggambarkan parti BN tidak meminggirkan keluh kesah dan kerisauan rakyat.

Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata aku janji BN untuk membina 65,000 rumah mampu milik dan kos rendah untuk rakyat Pulau Pinang adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan rakyat sejak sekian lama.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata manifesto yang cukup menyeluruh dan inklusif diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak itu benar-benar menjawab kerisauan rakyat.

“Jika kos sara hidup menjadi paksi kekhuatiran rakyat, Manifesto BN ini menjadi azimat yang cukup berkesan.

“Cukup jelas dan nyata, manifesto ini mampu memukau naluri dan aspirasi rakyat dalam segenap segi.

“(Ia) Naskhah akujanji yang hebat dan luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian pada Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");