Perak Hari Ini

Manifesto BN: Perak Akan Dapat Lapangan Terbang Di Seri Iskandar

IPOH: Sebuah lapangan terbang bakal dibina di Seri Iskandar akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi tempoh lima tahun akan datang khusus bagi Negeri Perak pada pelancaran Manifesto BN hari ini.

Pengumuman itu disampaikan sendiri oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak secara rasmi pada majlis pelancaran Manifesto BN di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.

Beliau ketika menyampaikan ucapan turut mengumumkan sebahagian 364 inisiatif atau akur janji kepada rakyat sekiranya diberikan kepercayaan mentadbir negara bagi lima tahun akan datang.

Antara yang mencuri tumpuan adalah keutamaan ruang lebih luas kepada golongan wanita supaya diberikan ruang yang luas menjadi seorang wanita yang bekerjaya dan profesional.

Selain itu Najib turut mengumumkan penambah baik dan pengenalan kepada dua kategori baru bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) iaitu bantuan secara one-off (sekali beri) sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Selain bantuan one-off, BN juga akan memperkenalkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia dikenali B40 Window, penambahbaikan yang akan dibuat bagi memastikan sistem penyampaian lebih cekap dan berkesan.

Bagi penerima BR1M kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, katanya pemberian BR1M pada Jun dan Ogos sebanyak RM400 dinaikkan kepada RM800, menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000.

Beliau berkata, bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula, pemberian akan digandakan kepada RM600 berbanding RM300 yang diterima ketika ini.

Malah katanya BN akan menyediakan tiga juta peluang pekerjaan jauh lebih banyak berbanding satu juta peluang pekerjaan dijanjikan pihak pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");