Perak Hari Ini

Manifesto PH: Hanya Ambil Kredit Apa Yang BN Dah Buat

MUALIM: “Kebanyakan peneroka Felda dah terima status tanah hak milik kekal, mereka nak beri kepada siapa lagi?,” demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Menurut beliau, pembangkang hanya mengaburi rakyat dengan menjanjikan status berkenaan sedangkan perkara itu telah lama diselesaikan oleh kerajaan BN.

Justeru jelas beliau, manifesto PH itu tidak lebih sebagai ‘gula-gula’ pilihanraya yang hanya akan dilupakan sekiranya mereka memenangi PRU kali ini.

“Kebanyakan perkara yang diketengahkan pembangkang pula sedang dan telah pun diusahakan kerajaan sekian lama.

“Seperti perkara berkaitan hak milik tanah kekal kepada peroka tanah rancangan Felda, sebenarnya kebanyakan peneroka telah pun menerima status tanah hak milik kekal mereka.

“Baru-baru ini telah dilaksanakan penyerahan hak milik tnaha kepada peneroka di Felda Besout2 dan Felda Sungai Behrang. Di kawasan saya, Felda Trolak Utara, Felda Trolak Selatan sudah pun selesai, cuma yang tinggal di Felda Trolak Timur sahaja.

Malah jelasnya lagi, bagi Gugusan Besout hanya tinggal 60 orang daripada lebih 1200 peneroka yang belum selesai.

“Jadi saya tak tahu hak milik tanah itu nak beri kepada siapa lagi kerapa hampir semuanya sudah dapat,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut tentang janji pembangkang dalam memberikan cuti umum sekiranya mereka memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), beliau berkata, ianya bakal menyukarkan semua pihak.

“Apabila dijanjikan cuti tambahan, sudah tentu ianya melibatkan kos yang tinggi. Dalam tempoh 2 hari tersebut, banyak jabatan kerajaan dan bank tidak dapat beroperasi dan ini akan menyusahkan rakyat.

“Apabila negeri lain bekerja, dan negeri Perak bercuti, ia sudah pasti akan memberi kesan ekonomi yang tidak baik kepada negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepda media selepas merasmikan Pembangunan Rumah Idaman Rakyat Slim River, di tapak projek berkenaan, dekat sini, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");