Berita Hari Ini

Mapim diseru perhebat karya penerbitan

NASIONAL
Mapim diseru perhebat karya penerbitan
MUHAMMAD FAIZ SULONG
30 APRIL 2018
Mapim diseru perhebat karya penerbitan
Bergambar bersama para pemenang anugerah.
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (Mapim) diseru agar memperhebat idea dan bahan penerbitan dengan menyerap elemen ke arah Revolusi Industri 4.0.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, galakan harus diberikan kepada ahli akademik untuk menghasilkan bahan penerbitan ilmiah secara digital mengikut kepakaran masing-masing.

“Penerokaan dalam bidang digital ini sejajar dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 yang mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan landskap dunia moden.

“Sistem pengajaran dan pembelajaran kini yang dijalankan secara atas talian menampakkan keupayaan universiti-universiti membawa visi revolusi ini.

“Kaedah ini bukan sahaja mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baharu, tetapi sesi tersebut berlangsung dengan lebih menarik dan interaktif dengan penggunaan realiti maya (VR), realiti berperantara (AR) serta visual dan simulasi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Mapim-KPT 2017.

Menurutnya, jumlah penerbitan keseluruhan ahli Mapim bagi 2017 merekodkan peningkatan sebanyak 47.65 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia merupakan satu pencapaian yang wajar dipuji.

Siti Hamisah yang juga Pengerusi Lembaga Mapim menjelaskan, daripada 1,924 keseluruhan penerbitan ahli Mapim, sejumlah 1,331 judul merupakan buku ilmiah, 378 jurnal, 50 judul buku teks, 127 judul modul dan 38 judul prosiding.

Sementara itu, majlis yang merupakan penganjuran kali ke-11 telah dikelolakan oleh Penerbit UMT untuk tahun ketiga berturut-turut.

Dalam majlis sama, sebanyak sembilan kategori anugerah telah diberikan termasuk Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik, Anugerah Karya Suntingan Terbaik, Anugerah Buku Ilmiah Popular, Anugerah Makalah Jurnal Terbaik ( Sains, Teknologi dan Perubatan) dan lain-lain selain anugerah khas iaitu Anugerah Sanjungan Budi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");