Perak Hari Ini

MB Inc. Anjur Majlis Kenduri Ramah Mesra Bersama Rakyat

TELUK INTAN:Perbadanan Menteri Besar atau lebih dikenali sebagai MBInc. berkongsi sebahagian hasil pendapatan syarikat bersama golongan yang memerlukan.

Pihak MB Inc menganjurkan majlis kenduri ramah mesra bersama penduduk Kampung Banjar, di sini bersempena Pemukiman Daerah Menteri Besar di Hilir Perak.

Majlis yang berlangsung di Masjid Kg Banjar, dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Kumpulan Pengurusan ‘Stakeholder’ (MB Inc) Farouq Sahibjahn yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Datuk Aminudin Hashim.

Turut hadir, Penghulu Kg Banjar Mokhtar, Pengerusi Masjid Kg Banjar Hulaimy, Imam Masjid Kg Banjar Basri Jaafar, Ayub Basri dan beberapa wakil ketua-ketua kampung.

Majlis tersebut merupakan sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat MB Inc dengan berkongsi kegembiraan bersama penduduk setempat.

Menurut Farouq hasil yang diperolehi MB Inc. disalurkan semula kepada kerajaan negeri agar dapat digunakan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

“Selain daripada itu, hasil pendapatan yang diperolehi turut disalurkan secara terus kepada rakyat melalui penganjuran program seperti majlis kenduri ramah mesra bersama rakyat Negeri Perak, majlis berbuka puasa bersama Penduduk Kampung, program balik sekolah dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, perkhidmatan surau bergerak di sekitar negeri ini telah dilancarkan yang bertujuan menyediakan tempat solat di kawasan tumpuan ramai dan memudahkan umat Islam menunaikan ibadah solat terutamanya pada waktu keramaian di kawasan yang tidak menyediakan surau atau masjid berdekatan.

“Inisiatif ini telah mendapat sambutan baik oleh semua pihak, justeru pihak MB Inc berhasrat untuk memperluaskan lagi perkhidmatan tersebut ke seluruh negeri Perak pada akhir tahun ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");