Sukan Hari Ini

Misi Runtuhkan Kubu Atletico

KEPUTUSAN seri 1-1 dengan Atletico Madrid di Emirates sedikit sebanyak menyukarkan jalan Arsenal untuk mara ke final Liga Europa.

Ini berikutan pasukan lawan sudah mempunyai kelebihan satu gol tempat lawan yang boleh dimanfaatkan dalam aksi timbal balik di Wanda Metropolitano.

Mengikut catatan rekod, Atletico dikatakan sangat jarang dibolosi di stadium keramat mereka itu memetik sumber Sinar Harian.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilihat cuba bersikap optimis dengan tidak memandang statistik cemerlang dicatat lawannya.

Wenger berkata, beliau yakin anak buahnya mampu menembusi kubu kebal Atletico nanti.

“Anda tidak seharusnya melihat kepada statistik. Anda hanya perlu melihat prestasi sendiri.

“Jadi, saya tahu kami mampu menjaringkan gol walau di mana sahaja kami beraksi.

“Yang penting, saya mahu pemain datang ke sana dengan keyakinan bahawa mampu melakukannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");