Berita Hari Ini

Muhyiddin Tanding Dua Kerusi

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan bakal bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU14 nanti.

Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Johor, Datuk Osman Sapian, berkata, pemilihan tersebut akan menyaksikan bekas timbalan perdana menteri itu bertanding di kerusi Parlimen Pagoh dan DUN Gambir.

Bagaimanapun, katanya, semuanya bergantung pada pengumuman calon PBBM yang dibuat pada Khamis malam.

“Saya boleh cakap yang diberi kebenaran sahaja tetapi masa pengumuman di Pagoh nanti mungkin akan ada kejutan.

“Keputusan telah 99 peratus siap tetapi hanya satu peratus lagi belum ditentukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu di Pejabat Bersatu Johor di sini, Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, PBBM akan bertanding 10 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Johor.

“Tujuh daripada calon adalah bekas ahli Umno.

“Selebihnya pendatang baharu yang tak pernah terlibat dengan politik,” katanya.

Tambahnya, PBBM juga turut menyenaraikan empat wanita dan dua pemuda sebagai calon mereka nanti.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Majlis Pengumuman bakal calon PBBM Johor untuk PRU14 ditunda ke 19 April berikutan beberapa perkara yang masih belum diselesaikan.

Pengarah Media PPBM Johor, Mohd Solihan Badri berkata, pengumuman tersebut akan dibuat pada tarikh berkenaan oleh Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. – Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");