Berita Hari Ini

Najib Sedih Atas Pemergian Mochtar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menzahirkan rasa sedih atas pemergian bekas setiausaha akhbarnya, Datuk Mochtar Mahmud Baginda yang meninggal dunia semalam.

Najib berkata Allahyarham Mochtar memainkan peranan penting dalam Perjanjian Damai Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM).

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih bekas Setiausaha Akhbar saya ketika menjadi MB Pahang, Datuk Mokhtar Mahmud Baginda telah kembali ke rahmatullah.

“Allahyarham juga mainkan peranan penting dalam Perjanjian Damai Malaysia dan PKM. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi status terkini di Twitternya lewat malam tadi.

Allahyarham Mochtar, 81, adalah setiausaha akhbar semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan akibat sakit tua lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");