Perak Hari Ini

Negeri Perak Terima Pelancong Domestik Teramai

MANJUNG: Negeri Perak merupakan negeri yang menerima jumlah pelancong domestik teramai dalam negara, bagi tempoh lima tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kecuali pada tahun lalu, di mana Perak menduduki tempat kedua selepas Johor.

Jelasnya, antara kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan ke negeri ini ialah di kawasan Lumut dan Pulau Pangkor.

Tambahnya, jumlah kehadiran pelancong tempatan sekitar 500,000 itu dijangka akan mengalami pertambahan dalam 7,000 orang lagi selepas segala persiapan infrastruktur terhadap pembangunan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai dapat disiapkan.

“Apabila ia siap, maka limpahan kebaikanya bukan sahaja hanya terkesan di Pulau Pangkor sebaliknya, kawasan seperti di Teluk Batik dan lain-lain, turut akan menerima pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan serta melakukan perlepasan kayuhan Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) Edisi Ke-11 2018, di Taman Awam Teluk Batik, Lumut.

Acara yang disertai lebih daripada 1,500 peserta itu turut dihadiri penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Datuk Aminudin Hashim serta, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.

Mengulas tetang program, Zambry berkata pihaknya menyambut baik acara yang dianjurkan TNB itu yang mana ianya dapat memeriahkan lagi suasana Teluk Batik selain dapat merancakkan lagi industri pelancongan berasaskan sukan di daerah ini.

“Progam-program besar seperti ini menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam mengalakkan proses pengantarabangsaan Perak dimana bidang-bidang sukan ini juga antara perkara yang kita kenal pasti dan memberi penekanan,” ujarnya.

Penganjuran JMFR kali ini juga memperlihatkan keunikkanya apabila seramai 14 atlet paralimpik turut menyertai acara tersebut.

10 daripada mereka  ialah peserta orang kelainan upaya (OKU) penglihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");