Perak Hari Ini

Negeri Pertama Warta Petempatan, Bukti Kerajaan Perak Tak Pinggir Orang Asli

IPOH: Perak yang muncul sebagai negeri pertama di Malaysia dalam mengenengahkan inisiatif pewartaan tanah bagi penempatan masyarakat Orang Asli, jelas menunjukkan keseriusan kerajaan negeri membela nasib mereka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, usaha yang telah dijalankan semenjak 3 tahun lalu itu melibatkan tanah seluas 13,652 hektar dan ia telah memberi manfaat kepada hampir 60,000 masyarakat Orang Asli seluruh negeri.

Jelasnya, tanah tersebut turut melibatkan beberapa tanah-tanah pertanian selain tidak menolak kemungkinan keluasannya akan bertambah dari masa ke masa.

“Kita akan meneruskan usaha kita kepada kawasan-kawasan lain yang memerlukan pewartaan dan ini bukan bermakna kita tidak berbuat apa-apa kepada kawasan tersebut, sebaliknya harus difahami bahawa kawasanya luas.

“Kita juga sentiasa mempergiatkan usaha dengan menyediakan beberapa kemudahan asas lain seperti jalan raya, dan sebagainya. Malah, kita mempunyai sebuah sekolah Orang Asli berasrama yang pertama di negeri Perak, terletak di Baung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Orang Asli Bersama Menteri Besar di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; barisan EXCO Kerajaan Negeri; Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Malaysia), Datuk Isa Abd Hamid serta Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Harulnizam Abd Rahman.

Pada program tersebut, seramai 159 orang batin yang mewakili 176 batin seluruh Perak menerima watikah perlantikan serta bonus sebanyak RM500 setiap seorang.

Ia merupakan bantuan khas seperti mana yang diumumkan Menteri Besar menerusi pembentangan Bajet Negeri 2018, tahun lalu.

Terdahulu, wakil batin yang hadir, Sahar Husin, ketika berucap pada program berkenaan menzahirkan harapan agar kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada ini dapat dikekalkan pada masa hadapan.

Ujarnya, keselesaan dan kepedulian kerajaan negeri terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli selama ini amatlah dihargai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");