Berita Hari Ini

‘Netanyahu, Kau Pengganas!’, Kata Erdogan

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyelar Benjamin Netanyahu dan menyifatkan Perdana Menteri Israel itu sebagai ‘pengganas’, sekali gus meningkatkan kritikan tindakan tentera negara itu susulan demonstrasi di sempadan Gaza.

“Netanyahu, kamu seorang penjajah dan kini kamu berada di tanah itu sebagai penjajah.

“Pada masa yang sama, kamu adalah seorang pengganas,” Erdogan berkata pada pemberita pada Ahad sumber dari Astro Awani.

Dalam ucapan di majlis yang lain, Erdogan mengulangi pendiriannya sambil menambah Israel merupakan negara pengganas.

“Kami semua sudah tahu apa yang kamu lakukan di Gaza dan di Jerusalem.

“Tiada siapa dalam dunia ini yang menyukai kamu,” katanya lagi.

Erdogan mengeluarkan kata-kata itu selepas tentera Israel membunuh 15 rakyat Palestin dan mencederakan ribuan yang lain Jumaat lalu dalam satu demonstrasi yang bertukar ganas di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza pada Jumaat lalu.

Pemimpin Turki itu turut mengutuk Israel di atas serangan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dalam tindak balas kepada serangan mulut itu, Netanyahu pula menggelar Erdogan sebagai pemimpin yang memasuki kawasan Kurdis.

“Orang yang menjajah utara Cyprus, memasuki kawasan Kurdis dan membunuh orang awam di Afrin tidak seharusnya memberi ceramah tentang etika dan moral,” kata Netanyahu di Twitter.

Israel turut mempertahankan tindakan tenteranya dan menolak gesaan agar satu penyiasatan diadakan ke atas insiden pada Jumaat itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");