Perak Hari Ini

Ngeh Ada Masalah Hati, Kasihan Sungguh: Saarani

IPOH:Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham diminta untuk berhenti daripada menggunakan isu alam sekitar semata-mata bagi menimbulkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan Negeri.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata melalui sidang media Ngeh semalam memperlihatkan wakil pembangkang itu terlalu keliru dengan fakta sebenar.

“Kamu (Ngeh Koo Ham) tidak bijak dan cermat dan ia berkaitan hati yang mana apabila hati rosak semua percakpan dan wajah kita akan mengambarkan kerosakan hati. Disebabkan di dalam hatinya yang sangat rosak, dia syaki Menteri Besar telah menjual tanah kepada kroni untuk kutip duit bagi pilihan raya umum (PRU).

“Hatinya rosak menggambarkan dia tidak matang dalam politik, sudah kelihatan seperti budak-budak.

“Mengapa jadikan apa yang ditularkan sebagai sumber maklumat, dia ada sumber yang sah kepada Pejabat Tanah Negeri dan Jabatan Hutan sebaliknya hanya mengambil kenyataan ditularkan di media sosial berkisar tanah 3,847 hektar yang diwartakan pada 15 Febuari 2018.

“Dia mengesyaki sebab hatinya jahat, menghasut rakyat dan mendakwa tindakan meluluskan dan memansuhkan pewartaan tanah hutan simpan itu untuk mendapatkan duit pilihan raya itu jahat,” katanya dalam satu sidang media menjawab dakwaan DAP Perak yang meminta agar kerajaan negeri memberikan maklumat terperinci mengenai tanah tersebut.

Katanya lagi, dakwaan dana untuk PRU itu adalah tidak benar sama sekali malah dengan tindakan pemansuhan 3,847 hektar tidak memberikan keuntungan sama sekali kepada Kerajaan Negeri.

“Pemansuhan melibatkan Hutan Simpan Larut seluas 124.7 hektar, Hutan Simpan Pondok Tanjung (177.9 hektar) dan Hutan Simpan Bubu seluas 335.4 hektar serta Hutan Simpan Bintang Hijau 3,209 hektar pada 15 Februari telah selesai disukat oleh Jabatan Ukur dan pemetaan pada hujung tahun 2017 dan diwartakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri pada 15 Febuari 2018, saya telah sebut pada sidang media pertama tapi dia tak baca keseluruhan yang dilihatnya video tular hingga menyebabkan dia melompat.

“Saya telah sebutkan dan saya ulang sekali lagi pemansuhan itu dilakukan bagi tujuan Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RTB) (15,978.867 hektar) untuk diberikan kepada agensi kerajaan bagi pertanian (4,047.16 hektar) juga sebagai rizab Orang Asli (9,129.21 hektar).

“Tindakan mengukur tanah itu adalah sebanyak dua kali bagi mengukur jumlah asal tanah 11,045.5 ekar dan bancian jumlah tanah yang telah diteroka telah siap pada tahun 2013 seterusnya dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) setelah diluluskan oleh mesyuarat exco dan penwartaan hanya boleh dibuat setelah JUPem membuat pelan warta,” katanya.

Katanya setelah meneliti daripada jumlah asal pemansuhan hanya 9,506.14 ekar melibatkan Hutan Simpan Larut seluas 124.7 hektar, Hutan Simpan Pondok Tanjung (177.9 hektar) dan Hutan Simpan Bubu seluas 335.4 hektar serta Hutan Simpan Bintang Hijau 3,209 hektar pada 15 Februari 2018.

Beliau turut menegaskan sekali lagi, dakwaan kononya kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah melupuskan lebih daripada 20,000 hehkar tanah hutan simpan kekal itu silap sama sekali kerana Perak mencatatkan pelbagai kejayaan dan menerima pengiktirafan dalam pengurusan hutan termasuk mempunyai keluasan hutan simpan kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu 2,464,617 ekar atau 47.43 peratus daripada keluasan tanah negeri.

“Saya nak beritahu kepada masyarakat orang Asli mesti berterima kasih dan bersyukur kerana kita antara kerajaan negeri yang paling banyak meluluskan tanah rizab sekitar 13,000 hektar untuk masyarakat Orang Asli melalui proses pembatalan daripada hutan simpan kekal.

“Apa yang kita buat baik untuk masyarakat Orang Asli, baik untuk rakyat  yang terlibat dalam RTB jadi Ngeh dinasihkan untuk menjadi ahli politik yang hatinya putih suci murni kerana rakyat kini sudah bijak dan pandai memilih,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran Ngeh menyenaraikan nama penerima tanah tersebut secara terperinci kata Saarani senarai itu tidak boleh dinyatakan setakat ini kerana masih dibawah kelolaan pihak Pejabat Tanah.

“Tunggu pejabat tanah mesyuarat bagi mengenalpasti jumlah peneroka yang memohon, mereka perlu ditemuduga dan mendapat persetujuan kelulusan jadi senarainya masih belum tetap,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");