Sukan Hari Ini

Olahraga: Rekod Baru Kebangsaan Bawa Afiq Ke Final

ATLET olahraga para negara, Afiq Ali Hanafiah, melakar sejarah tersendiri apabila menempatkan diri dalam final acara 100 meter T12 selepas menduduki tempat kedua dalam saingan kelayakan Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.

Tampil sebagai peserta tunggal negara dalam acara ini, Afiq membawa keazaman tinggi untuk melakukan catatan peribadi terbaik dalam penampilan sulungnya di pentas Sukan Komanwel.

Mempertaruhkan catatan terbaik 11.32 saat, menurut Stadium Astro, Afiq memperbaharui rekod itu menerusi kepantasan 11.20s.

Meskipun tewas kepada atlet Afrika Selatan, Ntutu Ndomdomzi, pencapaian itu bagaimanapun tetap memadai untuk membawa Afiq ke final selaku peserta keempat terpantas keseluruhan untuk aksi final pada malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");