Perak Hari Ini

Pakatan Harapan Umum Calon Parlimen Parit

SERI ISKANDAR: Pakatan Harapan Perak mengumumkan tiga calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan Parit.

Pengumuman itu dibuat semasa ceramah Pakatan Harapan yang berlangsung di Bandar Universiti di sini hari ini.

Bagi kerusi Parlimen Parit P069 calon yang diumumkan ialah Datuk Ahmad Tarmizi Mohd Jam merangkap Pengerusi Parti Amanah Wilayah Persekutuan.

Manakala bagi kerusi DUN Belanja N39 ialah Yohanis Yahaya seorang akauntan mewakili Parti Peribumi Bersatu.

Bagi kerusi Dun N40 Bota Pakatan Harapan menampilkan Azrul hakim Azhar mewakili Parti Bersatu yang merupakan Ketua Pemuda Bersatu Parit.

Selain mengumumkan kerusi Parlimen dan Dun Parit turut diumumkan juga kerusi Dun Manong iaitu Mohd Isa Jaafar.

Pengumuman itu disaksikan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu.

Mahathir semasa menyampaikan ceramah mengakui Pilihan Raya Umum ke-14 merupakan pilihan raya yang genting berbeza dengan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, 13 pilihan raya kesemua tidak begitu genting dan serius seperti pilihan raya kali ini kerana parti lawan ketika itu hanya sebagai parti lawan dan tiada harapan mendirikan kerajaan baru.

Kali ini katanya parti pembangkang cukup berhasrat mengantikan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");