Berita Hari Ini

Pandangan TMJ Untuk Kemajuan Negeri

JOHOR BAHRU: Apa sahaja pandangan diberikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah demi kebaikan masa hadapan serta penting untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuan negeri ini.

Kenyataan itu dinyatakan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu (Gabung) Johor yang menyokong pandangan figura institusi diraja Johor itu berhubung situasi politik yang berlangsung dalam negara, baru-baru ini.

Naib Presidennya, Abdullah Mohd Yusof berkata, sesiapa sahaja berhak beri pandangan dan tidak terkecuali Tunku Ismail yang lebih mengetahui apa jua perkara yang berlaku di negeri ini.

“Pada pandangan kami, kepada sesiapa yang mahu mengkritik itu perlulah baca dengan teliti serta memahami terlebih dahulu. Jangan buat sebarang andaian, tetapi tidak faham pun apa yang dikatakan.

“Sesiapa pun boleh berkata, sepertimana pandangan Tunku Ismail, kami lihat beliau hanya mahu mana-mana pemimpin yang dipilih harus mementingkan rakyat dan bukannya sekadar berkhidmat untuk ideologi politik atau agenda peribadi,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Abdullah berkata, pihaknya juga tidak melihat kenyataan itu menyebelahi mana-mana parti politik kerana ia hanya dilemparkan secara terbuka dalam konteks senario politik yang berlangsung kini.

“Kalau kata ini soal politik, pihak kami memang tidak mahu campur, lebih baik orang politik yang berkata-kata.

“Pandangan Tunku Ismail adalah yang terbaik untuk Johor dan kami kesal dengan kenyataan sesetengah pihak yang menyalah ertikan pandangan ikhlasnya untuk rakyat negeri ini yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik dan individu,” katanya.

Justeru, pihaknya turut memohon orang ramai khususnya netizen menghentikan tohmahan berhubung isu tersebut kerana ia tidak memberikan sebarang mudarat kepada kemuafakatan yang sedia ada di negeri ini.

“Kerajaan negeri dan pihak istana sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Dua pihak ini juga sering menghulurkan bantuan tanpa perlu diuar-uarkan.

“Kami juga mempunyai hasrat perkara ini dapat diterima dengan terbuka oleh masyarakat negeri ini kerana pandangan yang diberikan itu mungkin bersebab,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");