Berita Hari Ini

Parlimen Dibubar Esok

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen akan dibubarkan pada hari esok bagi membolehkan proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bermula.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Perdana Menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

“Pengumuman ini dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Baginda telah memperkenankan bagi Parlimen dibubarkan berkuat kuasa esok,” kata Najib dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung hari ini lapor astro Awani.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari, iaitu sebelum 6 Jun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");