Isu Panas

Pas Bakal Tampil Calon Lebih Bertenaga Lawan Tun M

JURU: Pas akan meletakkan calon yang lebih bertenaga di kerusi Parlimen Langkawi bagi menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon BN pada PRU14.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau kasihan kepada pemimpin veteran itu apabila masih lagi digunakan untuk turun padang dan terlibat politik.

“Kita sebenarnya kasihan dengan Dr Mahathir ni kerana beliau sudah berumur, sepatutnya beliau sebagai doktor perubatan, beliau boleh berkhidmat dan berbuat kebajikan di Klinik 1Malaysia.

“Tapi beliau mahu bertanding, jadi kita kena lawanlah. Calon kita lebih bertenaga. Tak kira daripada Pas atau Gagasan Sejahtera, kita tetap ada calon untuk lawan,” katanya ketika berucap merasmikan titi di Jeti Juru di sini, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Mahathir akan menjadi calon mewakili blok pembangkang bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");