Jenayah

Pekerja Farmasi Maut Rempuh Lori

RAWANG: Seorang pekerja farmasi terbunuh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Jalan Pintas Rawang di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, Muhammad Fadhil Abdul Rahim, 25, berasal dari Serendah, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Memetik laporan BH Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata mangsa dipercayai gagal mengelak lori yang dipandu perlahan di kawasan berbukit di laluan itu sebelum merempuh bahagian belakang kanan kenderaan berat.

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Serendah terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di badan serta kepala.

“Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu lori berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");