Membawang Hari Ini

Pelakon Watak ‘Mini Me’ Meninggal Dunia

LOS ANGELES : Verne Troyer yang terkenal dengan peranan sebagai ‘Mini Me’ dalam filem aksi komedi ‘Austin Powers’ meninggal dunia pada usia 49 tahun, semalam.

Walaupun punca kematian mendiang tidak didedahkan kepada umum, beberapa kenyataan pada akaun media sosial rasmi beliau seolah-olah memberi petunjuk bahawa aktor itu berdepan dengan masalah kemurungan, walaupun selepas dibaptis baru-baru ini.

“Bertahun lamanya mendiang berjuang mengatasi masalah itu dan berjaya, kembali mengalami masalah yang sama dan berjuang (untuk mengatasi), malangnya kali ini ia terlalu berat untuk ditanggung.

“Kemurungan dan bunuh diri adalah isu yang amat serius. Anda tidak akan pernah tahu masalah dalaman yang mereka alami. Berbuat baiklah antara satu sama lain. Dan sentiasa tahu, tidak pernah terlalu lewat untuk meminta bantuan dari orang lain,” kata kenyataan itu, sebagaimana dilaporkan BH Online, menerusi AFP.

Troyer dimasukkan ke hospital awal bulan ini untuk satu rawatan yang tidak diketahui tetapi aktor terbabit pernah memberitahu masalah ketagihan alkohol ketika dirawat di sebuah hospital lain setahun lalu.

Mendiang dilahirkan di Sturgis, Michigan pada tahun 1969 dan diiktiraf sebagai antara lelaki paling pendek di dunia dengan ketinggian hanya 81 sentimeter akibat sejenis penyakit dikenali sebagai ‘achondroplasia dwarfism’.

Beliau membuat penampilan pertama dalam dunia seni sebagai pelakon lagak ngeri untuk filem ‘Baby’s Day Out’ pada tahun 1994.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");