Berita Hari Ini

Pembahagian Kerusi Komponen BN Diputuskan Menerusi Rundingan

BENTONG – Pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN) diputuskan menerusi rundingan atas semangat setiakawan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata oleh itu soal parti komponen BN yang mana akan dipilih bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukan satu isu dan tidak perlu dibincangkan secara terbuka terutamanya di media.

“Perkara ini dibincang atas semangat dan setiakawan dalam BN di peringkat pimpinan atasan. Sebab itu, saya sendiri selaku presiden MCA tidak akan memberi komen secara terbuka,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas merasmikan Fiesta NBOS Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di sini, hari ini.

Isu itu tercetus apabila ada laporan menyebut MCA mahu kembali bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju selepas ia dipinjamkan kepada UMNO pada PRU13, manakala UMNO dikatakan akan meletakkan calonnya di Parlimen Bandar Tun Razak yang sememangnya kerusi tradisi MCA sekian lama.

Semalam, Liow dilaporkan berkata keputusan parti komponen BN mana akan bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak hanya akan dimuktamadkan sehari sebelum hari penamaan calon.- BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");