Jenayah

Pembunuhan Sudah Lama Dirancang- Persatuan Ulama Malaysia

KUALA LUMPUR: Modus operandi pembunuhan imam Palestin di Malaysia, Dr Fadi al-Batsh, awal pagi tadi menunjukkan pembunuhnya sudah lama merancang kejadian itu, kata Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir.

Beliau berkata, kejadian itu hampir sama dengan pembunuhan membabitkan seorang tokoh ulama Palestin, Syeikh Ahmad Yassin iaitu ketika keluar untuk menunaikan solat Subuh.

Susulan itu, Al-Syeikh Abdul Halim berkata, pihaknya menggesa siasatan terperinci dijalankan bagi kes pembunuhan berkenaan.

“Ramai yang mengenali arwah seorang yang baik dan biasa menjadi imam termasuk ketika solat Terawih pada bulan Ramadan.

“Arwah juga antara yang bergiat aktif mendapatkan dana kemanusiaan untuk rakyat Palestin khususnya di Gaza,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, Fadi, 35, yang juga pensyarah di sebuah universiti swasta disahkan meninggal dunia di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan di sini, selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal.

Al-Syeikh Abdul Halim berkata, PUM mengutuk pembunuhan menyayat hati terhadap Fadi dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci bagi mengesan segera mereka yang terbabit sebagai pembunuh serta perancang untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Kami bimbang kegagalan pihak berkuasa menjejaki penjenayah itu boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai negara dihormati selama ini. Lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku berhampiran pusat bandar yang diketahui menjadi lokasi kediaman rakyat luar belajar atau bekerja di negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");