Isu Panas

Penduduk lega Nizar pindah

CHANGKAT JERING – Penduduk di sekitar Dun Changkat Jering mengalu-alukan pemergian penyandang kawasan berkenaan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kawasan lain pada PRU14 kali ini.

Seorang penduduk yang ditemui, Bakri Othman, 59, berkata, penduduk sudah serik dapat wakil rakyat yang tidak mampu untuk membawa pembangunan.

Katanya, sudah sampai masa masyarakat di kawasan Dun Changkat Jering membuat pilihan tepat mengenai wakil rakyat mereka.

“Eloklah dia (Mohammad Nizar) nak ke mana sekali pun kerana dia ada atau tidak ada di kawasan, sama sahaja. Apa yang dia boleh buat pun.. Dengar jela kami kami mengadu tapi tak boleh selesai pun masalah.

“Jika rakyat ada masalah, mereka akan jumpa Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang sebab itu saja jalan penyelesaiannya,” katanya.

Katanya, dia cukup yakin dengan calon-calon yang diketengahkan BN pada PRU14 kali ini kerana walaupun ada muka baharu, namun itu bukan sebagai ukuran.

“Saya percaya rakyat memang mahukan perubahan dan inilah peluang mereka untuk memastikan perkara tersebut jadi kenyataan,” katanya.

Bakri berkata, apabila di bawah pentadbiran pembangkang, banyak perkara yang akan ketinggalan.

“Ini disebabkan oleh tidak ada peruntukan diberikan melainkan hanya atas usaha yang dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang. Banyak perkara menjadi terhad dan rakyat tidak dapat rasa apa yang sepatutnya mereka dapat.

“Walaupun dalam keadaan sedemikian, namun kami sebagai rakyat harus berterima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang yang selama ini tidak putus-putus berusaha membantu rakyat,” katanya.

INFOGRAFIK
N.14 CHANGKAT JERING

Daerah Mengundi:

1. Larut Tin

2. Kawasan J.K.R

3. Jalan Simpang

4. Simpang Lama

5. Ayer Kuning

6. Changkat Jering

7. Jelutong

8. Bukit Gantang

9. Kampong Cheh

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");