Perak Hari Ini

Penduduk Sungai Tiram, Deralik Terima Surat Tawaran Tanah

SITIAWAN: Lebih 300 orang penduduk Kampung Sungai Tiram, dekat sini, boleh menarik nafas lega apabila kesemua mereka menerima surat tawaran lot tanah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT), hari ini, yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk asal, malah golongan generasi kedua juga turut menerimanya.

Jelasnya, masalah yang sekian lama dihadapi penduduk di situ berkaitan dengan isu-isu hak pemilikan kawasan serta tanah pertanian melibatkan ramai pihak.

“Menerusi beberapa siri perbincangan di antara penduduk, khususnya dengan golongan asal dan generasi baru yang mana kita telah berjaya mencapai kata sepakat supaya tanah yang dimiliki itu dipecah-pecahkan untuk kebaikan bersama, dalam kalangan pnduduk kawasan Kampung Sungai Tiram ini.

“Kelulusan permohonan ini bukanlah dilakukan pada saat-sat ini, sebaliknya ianya sebuah proses yang lama, dan secara kebetulan ianya diberikan pada bulan ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT), Kampung Sungai Tiram, dekat sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, mengulas tentang Majlis Penyampaian Surat Tawaran Hak Milik Individu di Kawasan Lot 5, Kampung Deralik, dekat Dewan Ladang Sungai Wangi, yang diadakan pada sebelah pagi, Zambry berkata proses tersebut juga turut memakan masa yang lama.

“Penduduk masyarakat India yang kebanyakkanya di situ tinggal di kawasan estet dan tapak yang mereka tinggal itu menggunakan satu nama sahaja dan itu menyebabkan mereka yang memiliki rumah susah untuk ‘claim’ itu kawasan mereka,” ujarnya.

Pada majlis yang dihadiri Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango itu seramai 166 orang penerima berjaya menerima surat tawaran tanah masing-masing.

Turut hadir, calon Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim serta Pegawai Daerah Manjung merangkap Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");