Isu Panas

Pengerusi BN Akan Umum Calon MCA

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan membuat pengumuman calon MCA yang bertanding pada PRU14.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, bukan kerana Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai enggan membuat pengumuman, namun ia berikutan soal pengagihan kerusi.

“Sekiranya ada satu dua yang tukar, tetapi sudah diumumkan, payah pulak nak atur balik.

“Jadi biarlah perdana menteri yang diberi mandat untuk membuat pengumuman sahaja.

“Perbincangan kerusi itu memang Pengerusi BN berbincang dengan parti komponen, itu adalah secara tradisi,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis di Ayer Hitam, dekat Batu Pahat di sini hari ini lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon-calon MCA bagi PRU14 yang masih belum diumumkan secara rasmi oleh parti.

Ka Siong berkata, perdana menteri akan mengumumkan calon-calon BN termasuklah MCA dalam tempoh masa beberapa hari akan datang.

“Kita tidak tahu, bila sudah bersedia, perdana menteri akan menentukan tarikh untuk membuat pengumuman,” katanya.

Ditanya sama ada akan berlaku pertukaran kerusi melibatkan MCA, Ka Siong memberitahu perkara itu sedang dimuktamadkan, namun dirinya enggan mengulas lanjut.

Mengulas mengenai penerimaan pengundi Ayer Hitam terhadap calon DAP, beliau memberitahu dirinya tidak akan memandang rendah siapa sahaja calon yang bertanding di kawasan parlimen tersebut.

“Itu falsafah saya. Menghormati orang lain yang bertanding di kawasan ini. Jadi saya tidak akan bercakap buruk pasal orang itu ke apa. Saya menganggap sesiapa yang nak bertanding di sini, sesungguhnya sudah membuat percaturan, sudah bersedia dari segi mental.

“Dan tidak mustahil orang itu memikirkan kemenangan. Kalau tidak, kenapa seseorang itu mahu bertanding di sini? Jadi saya menganggap saya masih perlu bekerja kuat untuk mempertahankan kerusi ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");