Berita Hari Ini

Penjawat Awam Perlu Letak Jawatan Jika Jadi Calon – KSN

KUALA KRAI: Penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan, perlu meletakkan jawatan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur itu yang dilaksanakan sebelum ini.

“Kita kena tengok jumlah (penjawat awam menjadi calon) selepas berlangsungnya penamaan calon Sabtu ini, pada hari tersebut automatik semuanya akan terjawab,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di Hospital Kuala Krai (HKK) di sini, sebagaimana dilaporkan Bernama

Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Datuk Seri Rohani Abdullah, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah HKK Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.

Pada program itu, Ali yang juga penasihat Puspanita turut menyerahkan sumbangan daripada persatuan itu berjumlah RM103,000 kepada HKK bagi pembelian peralatan dan ubat-ubatan hospital berkenaan selain sumbangan kepada pesakit.

Terdahulu, beliau yang dalam rangka lawatan selama dua hari di Kelantan meluangkan masa melawat hospital baharu Kuala Krai, di sini yang dilaporkan 99 peratus siap.

Beliau berkata pembinaan hospital yang dilengkapi peralatan canggih dengan kos RM300 juta tersebut menunjukkan kerajaan persekutuan benar-benar ingin membantu rakyat Kelantan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");