Perak Hari Ini

Penolakan Isa Di Dun Manong Sudah Dijangka

KUALA KANGSAR:Tindakan ahli dan bekas Ahli Jawatankuasa Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Kuala Kangsar yang membantah dan menolak keras pencalonan calon Amanah Padang Rengas,Mohd Isa Jaafar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong pada Pilihan Raya Umum ke-14 telah dijangka oleh calon Barisan Nasional (BN) Dun Manong, Mohamad Zuraimi Razali.

Jelas Zuraimi situasi itu telah lama berlaku apabila ia melibatkan pemilihan calon luar dan daripada terdiri daripada orang tempatan.

“Saya pernah berjumpa dengan Isa sendiri yang mengatakan pada asalnya tidak minat berada di Manong tetapi lebih fokus kepada Dun Lubuk Merbau dan menjadi kejutan padanya apabila pucuk pimpinan meletakkannya di Manong,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya dari segi sokongan dan penerimaan orang di Manong pastinya sukar malah calon Amanah, Isa Jaafar pada awalnya memberi tumpuan di Lubuk Merbau.

Terdahulu pada sidang media ahli PPBM Kuala Kangsar itu diwakili oleh  Bekas Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kuala Kangsar, Amir Hashim Yot turut memaklumkan berkemungkinan memberi sokongan kepada calon BN adalah dialu-alukan.

Bagaimanapun Zuraimi turut menyatakan kekhuatiran sekiranya adanya unsur sandiwara terhadap sokongan itu.

“Kemungkinan nak membantu calon BN kita menerima 200 peratus tetapi masih khuatir dia bermuka-muka atau bersandiwara,kalau ikhlas nak membantu kita menerima dengan terbuka,” katanya.

Pencalonan Isa itu diibaratkan oleh Ahli PPBM bahagian Kuala Kangsar seperti ‘calon terjun’ bagi kerusi tersebut dan tidak dikenali oleh pengundi kawasan Manong sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");