Perak Hari Ini

Perhimpunan Di Putrajaya: Zambry Tunggu Laporan Penuh

LEKIR: Barisan Nasional (BN) Perak akan menunggu laporan penuh sebelum membuat sebarang tindakan lanjut berhubung satu perhimpunan di Putrajaya, hari ini, yang  membantah keputusan parti dalam mengugurkan penyandang Parlimen Tanjung Malim,  Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang oleh Setiausaha Agung MCA itu diberikan kepada Pengerusi MCA Perak, Datuk Mah Hang Soon.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata hal tersebut juga akan turut dirujuk dengan pucuk pimpinan tertinggi BN.

Selain itu beliau juga berkata terdapat beberapa laporan tempatan yang menyebut ada segelintir peserta perhimpunan yang tidak mengetahui mengapa mereka dibawa ke Putrajaya, oleh pihak tertentu.

“Adalah tidak adil bagi saya untuk mengatakan bahawa Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh adalah dalang di belakang tindakan ini dan kita akan mendapatkan maklumat terperinci sebelum tindakan diambil.

“Kita tak tahu. Mungkin ada pihak-pihak tertentu, khususnya dalam musim pilihanraya ini yang cuba bermain dengan satu-satu isu,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam amalan tradisi BN yang mengamalkan konsep bermusyawarah, setiap ahli kebiasaanya akan akur terhadap segala keputusan parti yang ditetapkan pucuk pimpinan.

Ujar Zambry sekiranya terdapat mana-mana pihak terbukti benar cuba melakukan sebarang perkara yang melangakui garis panduan dan peraturan parti, ianya akan dikenakan tindakan yang tegas.

Ketika ditanya pemberita berkenaan beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang didakwa akan ditutup berikutan rasa kecewa sesetengah pihak yang tidak tercalon, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, pihaknya yakin masalah tersebut akan diselesaikan dengan cepat.

“Dalam tradisi BN tindakan protes ini biasanya tidak berlaku dan tidak akan dibenarkan berlaku,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembangunan Rumah Amanjaya Batu 14 dan Batu 10 Lekir, di Tapak Projek Skim Perumahan Amanjaya Kampung Batu 14, dekat sini, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");