Sukan Hari Ini

Perkataan ‘Badut’ Buat Pemain United Sentap

PERKATAAN badut membuatkan pemain-pemain Manchester bangkit menewaskan pandahulu liga Sabtu lalu.

United menewaskan tuan rumah Manchester City, 3-2 biarpun pada babak pertama ketinggalan dua gol.

Bagaimana pun ketika rehat separuh pertama, Jose Mourinho telah memberitahu pemainnya supaya jangan kelihatan seperti badut  di penghujung perlawanan.

Dua pemain veteran Mourinho memainkan peranan penting dalam kemenangan ini yang mengawal separuh daripada permainan.

Ashley Young dan Michael Carrick menjadi inspirasi pada pertemuan ini biarpun Paul Pogba menyumbat dua gol manakala jaringan kemenangan oleh Chris Smalling minit ke-69.

“Pengurus tidak banyak bercakap ketika di bilik persalinan kerana kami sedar telah mengecewakan semua.

“Cuma dia ada cakap tidak mahu kelihatan seperti badut untuk melihat mereka (City) menggondol trofi juara ketika kami berada di situ,” ujar Smalling.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");