Perak Hari Ini

Permukiman MB Bukan Publisiti Murahan Untuk PRU

Pasti anda pernah mendengar mengenai Program Permukiman Menteri Besar yang menjelajah ke semua daerah di negeri ini,namun bagi yang masih belum mengetahui dengan jelas program berkenaan telah pun dilaksanakan sejak sekian lama serta pernah dikenali sebagai Program Turun Padang, Klinik Dr Zambry, Permukiman Menteri Besar dan selepas seterusnya Program Jelajah.

Menurut Zambry program berkenaan juga selaras dengan teras utama pentadbiran kerajaan negeri yang memberikan perkhidmatan di sepanjang masa menerusi pendekatan padang, perasaan, penyelesaian (3P).

Setiap aktiviti turut melibatkan kerjasama para barisan exco Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang bergerak secara serentak ke seluruh daerah di negeri melalui ratusan program yang diatur untuk rakyat.

Pastinya keutamaan program ini tertumpu kepada rakyat, sinonimnya acara ‘pemimpin bersama rakyat’ yang mana agensi kerajaan akan turun mendekati rakyat membawa perkhidmatan mereka terus kepada rakyat terutama kawasan pendalaman.

Peraktoday sendiri berkesempatan mengikuti kesemua pengajuran Program Permukiman Menteri Besar dari siri pertama sehingga siri terakhir di kesemua daerah di negeri ini dan pastinya setiap lokasi mempunyai keunikan dan matlamat programnya tersendiri.

Sepanjang program berlangsung kami ikuti pergerakan Menteri Besar ke satu lokasi ke lokasi, pagi ke petang, malam ke subuh setiap detik masa diisi dengan program mendekati dan memahami keluh resah rakyat.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti FIT Perak, karnival pendidikan tinggi dan kerjaya, Klinik Dr Zambry,Qiamulai dan Fit Masjid, walkabout Menteri Besar, program gotong-royong,kenduri rakyat serta pelbagai program mengikut teras pelancongan, pendidikan, sukan,belia sumber manusia.

Hanya yang mampu menilai setiap tindakan dan tingkah laku itu secara rasional boleh menyifatkannya program berjiwa rakyat dan kritikan petanda Pilihan raya Umum, publisiti murahan, wayang gambar pastinya muncul di bibir pihak-pihak yang tidak senang dengan perbuatan itu.

Berikut antara rangkuman yang Peraktoday sediakan:

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menunjukkan bakat bermain sepak takraw di Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir bertempat di padang Landasan Terbang Gerik,sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hulu Perak

1.Permukiman Menteri Besar yang pertama bagi siri 2016  bermula pada 23 hingga 27 Februari lalu di Daerah Hulu Perak.Sebanyak 137 program diadakan sepanjang lima hari pemukiman dimana 24 program telah dihadiri oleh Zambry manakala program lain dihadiri oleh Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melihat model rumah contoh pada Majlis perasmian Dan Pendaftaran Rumah Mampu Milik di Alor Pongsu sempena Program Permukiman di Daerah Kerian.

2.Program Permukiman Menteri Besar ke Daerah Kerian telah berlangsung pada 16 Ogos hingga 20 Ogos 2016.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memegang anak kambing Boer pada Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Pengganda Kambing Boer di Pondok Tanjung sempena program Permukiman di Daerah Larut Matang /Selama

3.Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Larut Matang/Selama merangkumi Parlimen Bukit Gantang dan Taiping. Program ini telah diadakan selama 5 hari bermula pada hari Selasa 22 November 2016 sehingga hari Sabtu 26 November 2016.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menghadiri program Fit Masjid di Masjid Al-Khairiah, Selekoh,Sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Bagan Datuk

4.Daerah Bagan Datuk menjadi lokasi seterusnya peganjuran Program Permukiman Menteri Besar melibatkan sebanyak 95 program yang telah diatur sepanjang lima hari program berlangsung serta 52 program tersebut diadakan di DUN Rungkup dan 43 program diadakan di DUN Hutan Melintang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak kekok beraksi ketika bermain futsal bendang di Kampung Senin, Parit sempena Program Permukiman di Daerah Perak Tengah

5.Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah pula berlangsung pada 7 Mac 2017 juga telah berjaya mencapai sasarannya menerusi pelaksanaan 119 program yang disusun selama lima hari.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir beramah mesra bersama pengunjung Karnival Mahabbah bersama Institusi Agama Islam negeri Perak di Daerah Hilir Perak sempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak

6.Program Pemukiman Menteri Besar diteruskan ke daerah ketujuh melibatkan Daerah Hilir Perak bermula 18 hingga 22 April 2017 melibatkan pengajuran sebanyak 108 program diadakan di daerah berkenaan yang mencakupi sebahagian kawasan dari Parlimen Teluk Intan dan Parlimen Pasir Salak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menunjukkan makanan tradisi penduduk Kampung Chuar pada majlis kenduri rakyat sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar

7.Kuala Kangsar merupakan lokasi seterusnya bagi penganjuran sebanyak 157 program yang diatur sempena permukiman Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar kali ini telah berjaya dengan penglibatan para pemimpin dan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendengar bacaan seorang ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Slim Village di Kampung Sawa sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Muallim

8.Sebanyak 130 aktiviti telah berlangsung sepanjang program Permukiman Menteri Besar di Daerah Muallim malah zambry menegaskan melalui program permukiman ini, beliau tidak mahu hubungan yang terlalu rasmi dan protokol,dikhuatiri akan memisahkan rakyat dan pemimpin.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kali ini membuat kejutan apabila bertindak memandu sendiri lori sampah pada sesi program Program Perak Yang Bersih Daerah Kampar sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Kampar dan Batang Padang

9.Program Permukiman YAB Mentei Besar seterusnya pula ke Daerah Kampar dan Batang Padang yang telah diadakan pada 25 hingga 30 September 2017.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi program Pemukiman Parlimen Lumut, berkesempatan melawat SK TLDM dan SMK TLDM. Beliau juga turut berkesempatan beramah mesra dengan warga dan anggota TLDM dengan meluangkan masa bersarapan pagi bersama mereka.

10.Daerah Manjung pula menjadi lokasi ke-11 program Permukiman Menteri Besar di daerah-daerah di negeri ini yang telah bermula selama lima hari hingga 28 Oktober 2017.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menunggang motorsikal sekitar Manjoi semasa sesi walkabout di Pasar Pagi Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Ulu Kinta

11.Program Permukiman Daerah Menteri Besar Perak Daerah Kinta pula berlangsung pada 22 Febuari 2018 yang lalu sekaligus menjadi penutup kepada siri permukiman Menteri Besar.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");