Sukan Hari Ini

PKNP FC Ke Separuh Akhir

PKNP FC melakar sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir Shopee Piala FA 2018 setelah menewaskan Felda United 2-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam tadi.

Biarpun tewas 0-1 pada aksi suku akhir pertama di gelanggang sendiri 6 April lalu, PKNP FC berjaya bangkit untuk meledak dua jaringan dan sekali gus layak berdasarkan jaringan gol di tempat lawan.

PKNP FC bermula garang dan membuka jaringan hasil tandukan Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-15 lapor Sinar Harian.

Jaringan berkenaan nyata menyemarakkan lagi semangat kesebelasan PKNP FC untuk terus mengasak ke gawang skuad The Fighters itu bagi menambah jaringan.

Namun dalam keghairahan memburu gol gol kedua, Felda United berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan percuma Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-21.

Jaringan berkenaan bagaimanapun nyata tidak menggugat PKNP FC yang dilihat semakin hebat mengasak ke gawang lawan dan hasilnya, Muhammad Shahrel Fikri sekali lagi menanduk masuk gol kedua pada minit ke-43.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Muhammad Shahrel Fikri hampir mencipta hatrik pada minit ke-82, namun percubaannya berjaya ditampan penjaga gawang lawan, Farizal Harun.

Biarpun, Felda United dilihat semakin hebat mengasak pada penghujung perlawanan namun benteng pertahanan PKNP FC pula dilihat terus kental bertahan hingga ke wisel penamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");