Sukan Hari Ini

PKNP Tewas 2-1 di Laman Sendiri

KUALA LUMPUR: Dua gol awal jaringan Wander Luiz (m-19) dan Nasir Basharudin (m-23) di separuh masa pertama sudah cukup untuk membolehkan Perak menewaskan ‘adiknya’ PKNP FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, sebentar tadi.

Gol pertama Perak hasil rembatan terus dari luar kotak penalti oleh awang import, Wander Luiz akibat kesilapan pertahanan PKNP yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya selepas cuba dikeluarkan penjaga gol, Ahmad Asyraf Omar pada minit ke-19.

Jaringan itu meniup semangat pemain Bos Gaurus melakukan serangan bertali arus ke kubu PKNP, namun tandukan penyerang import Gilmar da Silva pada minit ke-22 sedikit tersasar ke sebelah kiri pintu gol PKNP biarpun Ahmad Asyraf sudah tertewas.

Tidak lama selepas itu Nasir bijak menyambar peluang terhidang apabila dengan mudah meledak gol kedua Perak dari luar kotak penalti selepas pertahanan PKNP gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Anak buah jurulatih Mehmet Durakovic terus melakukan serangan bertali arus ke kubu pertahanan PKNP untuk menambah jaringan ketiga, namun gagal menghasilkan gol sehingga tamat 45 minit separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Perak dan PKNP terus berbalas serangan namun gagal menghasilkan jaringan sebelum anak buah Abu Bakar Fadzim memperoleh gol sagu hati menerusi pemain muda Shahrel Fikri, pada minit ke-80 akibat kealpaan pertahanan Bos Gaurus, sekali gus menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat 90 minit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");