Isu Panas

PM Akan Beri Keterangan Kes Saman Terhadap Pua

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi pada hujung bulan ini, dalam kes saman fitnah beliau terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.

Saman itu berhubung kenyataan Pua di ruang legar Bangunan Parlimen, yang dirakam dan dimuat naik olehnya dalam laman Facebook atas nama Tony Pua bertajuk ‘BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private Member’s Bill’.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes, berkata pihaknya akan memanggil lima saksi, termasuk Najib selaku plaintif untuk memberikan keterangan, manakala Pua (defendan) akan memanggil 15 orang saksi.

Beliau berkata, dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan pada 23 April ini bagi perbicaraan kes.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Tan Cheng Leong yang mewakili Pua.

Sementara itu, Nor Hazira berkata Mahkamah Persekutuan menetapkan pada 18 Mei ini bagi mendengar rayuan Pua untuk mengetepikan perintah injunksi sementara diperoleh Najib bagi menghalangnya daripada terus menerbitkan kenyataan dan klip video yang didakwa memfitnah Perdana Menteri.

Najib yang memfailkan saman fitnah terhadap Pua pada 21 April 2017, berkata kenyataan Pua di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April tahun sama, adalah fitnah terhadap jawatannya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Najib berkata, kenyataan itu bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa dengan memberikan arahan melalui Kabinet kepada Speaker Dewan Rakyat supaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan mengetepikan rang undang-undang lain, untuk mengalih perhatian terhadap isu 1MDB.

Katanya lagi, ia juga bermaksud dirinya tidak menghiraukan doktrin pengasingan kuasa dan berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi Melayu dalam kalangan pembangkang.

 

– BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");