Berita Hari Ini

PM Lubnan Lancar Aplikasi Swafoto

BEIRUT – LUBNAN . Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri melancarkan aplikasi swafoto yang membolehkan pengguna berkongsi gambar mereka bersamanya secara atas talian.

Menerusi tweet yang mendapat lebih 500 kali like, Saad berkata, aplikasi yang boleh dimuat turun itu akan mendekatkan beliau bersama penyokongnya.

Ramai pengguna turut membalas tweet beliau dan memberi komen di Instagram menyokong aplikasi tersebut dan meminta untuk mengambil lebih banyak gambar bersamanya.

Pelancaran aplikasi itu dibuat kira-kira seminggu sebelum Pilihan Raya Parlimen Lubnan yang akan berlangsung buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun.

Saad yang mewakili parti Gerakan Masa Depan bertanding di dua daerah dan akan bersaing dengan lapan calon lain termasuk Hizbullah dan kumpulan masyarakat sivil.

Beliau dikenali sebagai pemimpin yang gemar berswafoto kerana sering memuat naik gambar bersama rakyat dan pemerintah negara lain seperti Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, Presiden Perancis, Emmanuel Macron serta Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah lapor Arab News.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");