Membawang Hari Ini

‘Pok Ya Cong Codei’ Dipatenkan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 57, sudah mendapatkan Hak Paten terhadap nama Pok Ya Cong Codei sejak sebulan lalu bagi melindungi dan mengelakkan daripada disalah guna pihak lain.

Menurut laporan BH Online, tindakan itu dibuat selepas mendapat nasihat rakan peguam apabila nama itu digunakan secara meluas oleh pihak lain bagi tujuan mengaut keuntungan.

“Sebaik watak dan telefilem Pok Ya Cong Codei diperkatakan ramai serta tular, saya dimaklumkan banyak pihak yang ambil peluang mempromosikan produk mereka menggunakan nama itu.

“Kalau bisnes kecil dan sekadar menjual topi atau baju T, saya anggap berkongsi rezeki kerana mereka juga membantu promosi. Tetapi, ada syarikat besar yang menggunakan nama itu tanpa mendapatkan persetujuan terlebih dahulu.

“Peguam yang saya kenali menasihatkan saya supaya memohon Hak Paten kerana bimbang ia disalah guna dan tidak mahu nanti saya pula yang dipersalahkan,” katanya pada sidang media selepas pelantikannya sebagai duta Umrah Cong Codei bersama Pok Ya, hari ini.

Telefilem Pok Ya Cong Codei menjadi tular selepas disiarkan pada Januari lalu gara-gara nama Hotel Concorde disebut Pok Ya sebagai Cong Codei hingga menjadi ikutan penonton.

Selain Sabri yang membawa watak ‘gedebe’ bernama Pok Ya, kisah mencuit hati itu turut dibintangi Mustapha Kamal, Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");