Jenayah

Polis Minta Bantuan Kesan Saksi Kes Dadah

KUANTAN: Polis sedang mencari seorang lelaki saksi perbicaraan membabitkan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini, 23 hingga 27 April ini.

Saksi itu, Kong Foo Chong, 38, yang alamat terakhir ialah Nombor 15, Tingkat Satu, Jalan Pasar Baru di sini, turut disabitkan kesalahan dadah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan terlarang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata pihaknya juga mencari dua lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Shanto dan Linton, kedua-duanya berusia 30 tahun.

“Amat penting untuk saksi terbabit yang dipercayai masih berada di bandar ini, hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan dari 23 hingga 27 April ini.

“Jika gagal hadir untuk perbicaraan kes itu, kita akan memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Raimon Bakar di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, melalui talian 013-5448773.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");