Perak Hari Ini

Polis Perak Rampas Dron

IPOH:Polis merampas seunit dron, yang diterbangkan tanpa kebenaran dikawasan penamaan calon P.059 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan hari ini.

Pegawai Perhubungan Media PRU14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak,ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata walaupun pihak Polis telah mengeluarkan larangan penggunaan dron pada proses penamaan calon pilihan raya umum ke-14 ini masih terdapat satu kes dilaporkan.

Berikutan itu,bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADETC) Taiping, pihak Polis telah merampas dron tersebut dan pengendali dron telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kes disiasat dibawah peruntukan peraturan 143(1) Peraturan-Peraturan penerbangan awam 2016 iaitu larangan penerbangan dron di kawasan tertentu kecuali dengan kebenaran Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bawah seksyen 477 kanun keseksaan(Akta 574) atas kesalahan menceroboh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi satu kenyatan hari ini.

Polis katanya turut menasihati semua parti politik supaya berkempen secara sopan dan tidak keterlaluan semasa tempoh berkempen pada pilihan raya umum ke-14.

Katanya, individu dan penyokong diminta tidak melakukan kerosakan seperti mencarut,membakar poster,kain rentang dan banting parti politik lain yang disifatkan sebagai satu perbuatan khianat.

“Jika didapati bersalah akan dikenakan tindakan Dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan Hukuman Penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");