Jenayah

Polis Sabah Terima Laporan Koyak Poster

PAPAR: Walaupun belum kempen pilihan raya, polis Sabah mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan kes mengoyakkan poster parti tertentu sejak pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata kes itu masih dalam siasatan dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan yang berkaitan dengan perbuatan khianat itu.

”Baru-baru ini polis memang ada menerima tiga laporan kes khianat berkaitan poster yang dikoyakkan dan ia masih dalam siasatan.

”Setakat ini hanya itu laporan berkaitan pilihan raya yang diterima, manakala belum ada kes berkaitan ceramah politik tanpa kebenaran atau permit daripada polis.

”Semua pihak yang berkenaan memohon kebenaran dengan pihak polis mengikut prosedur yang betul dan turut memberi notis kepada pihak kami,” katanya ditemui media pada Program Kepolisan Komuniti Daerah Papar di Masjid Azizurahman, Kimanis, di sini, malam tadi, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Yang turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman.

Ramli berkata, polis Sabah sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Cuti sudah dibekukan dan latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu untuk menghadapi PRU-14 juga diperkemaskan lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");