Perak Hari Ini

PPBM Perak Tanding 8 Parlimen dan 15 Dun

IPOH:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak bakal bertanding di bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dun Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Badan Pimpinan PPBM (Perak) Ahmad Faizal Azumu menerusi satu kenyataan rasmi berkata PPBM telah mengadakan persetujuan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil bahagian di dalam Pilihanraya Umum ke-14 dengan menggunakan satu simbol, iaitu simbol Parti Keadilan Rakyat.

“PPBM (Perak) bersyukur kerana telah menerima watikah pencalonan daripada Presiden PKR, Datuk Seri’ Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diguna pakai oleh calon-calon PPBM,” katanya.

Menerusi kenyataan itu kerusi Parlimen yang akan ditandingi PPBM Perak ialah P.054 Gerik Ibrahim Mohd Hanafiah,P.055 Lenggong Amirul Fairuzzeen Jamaluddin, P.056 Larut Datuk Khairil Anuar Akhiruddin,P.058 Bagan Serai dan P.073 Pasir Salak Salihuddin Radin Sumadi.

Manakala bagi kerusi DUN, antaranya N.01 Pengkalan Hulu,Dr. Ahmad Safwan Mohamad,N.02 Temengor Mohd Fadzil Abdul Aziz,N.04 Kota Tampan Noor Hasnida Mohd Hashim dan N.06 Kubu Gajah Mat Supri Musa.

Turut disenaraikan bagi kerusi N.11 Gunung Semanggol Ismail Ali, N.15 Trong Datuk Shaharuddin Abdul Rashid dan N.58 Slim Mohd Amran Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");