Perak Hari Ini

PRU14: Muka Baharu Mendominasi Senarai Calon Amanah, Termasuk Seorang Bukan Melayu

IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Perak hari ini mengumumkan calon-calon Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang mana menyaksikan daripada 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi, 11 daripadanya menampilkan muka-muka baharu.

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi, disenaraikan sebagai calon untuk kerusi DUN Manjoi, manakala, Timbalan Pengerusinya, Tan Seng Toh pula calon bagi kerusi DUN Ayer Kuning.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim akan bertanding di kerusi DUN Titi Serong, diikuti Naib Ketua Pemuda Amanah Perak, Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis di DUN Selingsing; Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Perak, Zaiton Latiff di DUN Kampong Gajah; Dr Mohd Fadhil Nuruddin di DUN Kamunting; Megat Shariffudin Ibrahim di DUN Changkat Jering;  Aminuddin Zulkipli di DUN Behrang; Razali Ismail di DUN Selama; Yahaya Mat Nor di DUN Pasir Panjang dan Hatim Musa di DUN Rungkup.

Seperti yang didakwa dalam beberpa media tempatan sebelum ini, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohmamad Nizar Jamaluddin diumum akan bertanding bagi merebut kerusi DUN Sungai Rapat pada PRU14.

Bagi kerusi Parlimen, Amanah mensasarkan empat kerusi di Perak dan antara calonnya ialah, Naib Presiden Amanah Nasional, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Parit Buntar.

Calon Amanah bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar pada 2016, Dr Ahmad Termizi Ramli kali ini, sekali lagi dicalonkan sebagai wakil Amanah di kerusi tersebut.

Mantan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli pula akan merebut kerusi Parlimen Lumut dan Calon PAS DUN Bota pada 1999, Tarmizi Mohd Jam akan bertanding di kerusi Parlimen Parit.

Semua senarai calon Amanah Perak untuk PRU14 diumumkan Asmuni di Bagunan Amanah Perak, dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu beliau menzahirkan keyakinan bagi memenangi kesemua kerusi yang ditandingi Amanah Perak kali ini.

Jelasnya, di peringkat negeri, Amanah seiring dengan keputusan Amanah Nasional yang mana akan menggunakan logo PKR pada PRU14.

Mengulas tentang calon bukan melayu yang diletakkan di bagi merebut kerusi DUN Ayer Kuning, beliau berkata ianya merupakan simbolik kepada keharmonian kaum dalam kepimpinan partinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");