Isu Panas

PRU14: Pas Perkenal Dua Muka Baharu Bertanding Di Sarawak

KUCHING: Parti Islam Semalaysia (Pas) hari ini mengumumkan dua muka calon baharu yang akan bertanding di dua kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei depan.

Memetik laporan Kosmo Online, dua muka baharu yang dicalonkan Pas kali ini ialah Hamdan Sani, 31, yang akan bertanding di Parlimen Petra Jaya dan Zulaihi Bakar, 49, bagi Parlimen Sibuti.

Pengumuman calon Pas itu dilakukan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Penerangan Pas Sarawak, Matang Jaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, parti itu juga mengumumkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen di Sarawak kelak.

Majlis pengumuman calon itu turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee serta kira-kira 50 ahli Pas di Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");