Perak Hari Ini

PRU14: Zambry Tak Tolak Kemungkinan Ramai Calon Muda

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak kemungkinan akan menampilkan lebih ramai calon dikalangan golongan muda bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Tanpa menyebut gambaran dengan lebih jelas, menurut beliau, calon-calon tersebut tidak tertumpu kepada satu-satu parti, sebaliknya ia terdiri dikalangan putera dan puteri dari setiap parti-parti komponen BN Negeri.

“Kita mahu anak-anak muda kita, berada dalam dunia politik untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan negeri ini. Dan ia juga bagi memastikan Barisan Nasional sentiasa dibarisi oleh anak-anak muda kita,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Himpunan Jentera Briged Gempur 2314, Pemuda BN Negeri Perak di perkarangan Kediaman Menteri Besar, dekat sini, pada Ahad.

Majlis yang disertai lebih 2,000 Pemuda BN seluruh negeri itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Saarani Mohamad.

Mengulas lanjut tentang progam, Zambry berkata kehadiran dan semangat peserta yang hadir jelas menunjukkan kesiapsiagaan Pemuda untuk membantu BN bagi memenangi semua kawasan kerusi yang ditandingi dalam PRU14.

Selain itu beliau juga berharap agar kesemua mereka dapat membantu jentera-jentera dan barisan pemuda BN dalam menlancarkan perjalanan kempen disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) seluruh Perak.

Sementara itu, Pengerusi Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun ketika berucap pada majlis berkenaan menzahirkan harapan agar Zambry serta barisan kepimpinan BN negeri akan dipertahankan dan seterusnya menerajui negeri Perak untuk penggal yang seterusnya.

Beliau juga berharap agar Pengerusi BN Nasional, Datuk Seri Najib Razak akan bersetuju mempertimbangkan cadangan bagi menampilkan lebih ramai calon BN dalam kalangan pemuda di Perak pada PRU14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");