Perak Hari Ini

Puad Tak Hadir Penamaan Calon

BATU PAHAT: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, tidak hadir ke pusat penamaan calon, di sini, sekali gus menafikan khabar angin yang beliau akan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehingga tamat proses penamaan calon di Pejabat Daerah Batu Pahat, di sini, pada jam 10 pagi tadi, kelibat Mohd Puad tidak kelihatan.

Khabar angin menjelang hari penamaan calon bertiup kencang sebelum ini apabila Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu dipercayai bakal bertanding sebagai calon bebas pada PRU kali ini.

Menurut sumber dipercayai, Puad dikatakan sudah membeli dua borang untuk bertanding sebagai calon Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang sebelum dikatakan berubah fikiran untuk bertanding di DUN Rengit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");