Perak Hari Ini

Puhat Mat Nayan Berdepan Tiga Penjuru Di Parit Buntar

PARIT BUNTAR:Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berdepan persaingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Parit Buntar pada PRU14, 9 Mei ini.

Abdul Puhat yang merupakan calon baru bagi kerusi berkenaan akan dicabar oleh calon dari Pakatan Harapan, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Naib Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Parit Buntar, Ahmad Azhar Sharin.

Turut bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Serong, Ketua Wanita Umno bahagian Parit Buntar, Norsalewati Mat Norwani yang menjadi satu-satunya calon wanita di Daerah Kerian bertanding bagi kerusi itu mewakili BN.

Norsalewati bakal bertemu calon Titi Serong dari Pas, Abu Bakar Hussain dan calon muda Pakatan Harapan, Hasnul Zulkarnain Abd Muniam.

Manakala bagi Kerusi Dun Kuala Kurau pula menyaksikan Penghulu Mukim Bagan Tiang, Shahrul Nizam Razali dipertaruhkan BN bagi kali ini dan bakal berhadapan dengan calon dari Pakatan Harapan, Abdul Yunus Jamhari serta Yang Dipertua Pas kawasan Parit Buntar, Abdul Bahrin Md Desa.

Semua senarai calon diumumkan Pegawai Pengurus Mohd Sabri Bakri di Pejabat Daerah dan tanah Kerian tepat jam 12.30 tengah hari tadi.

Penyokong setiap parti hadir memberikan sokongan kepada calon masing-masing dengan gelagat masing-masing yang memeriahkan kawasan luar tempat pencalonan.

P057 Parlimen Parit Buntar

BN: Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan

Pakatan Harapan: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Pas: Ahmad Azhar Sharin

Jumlah pengundi berdaftar: 

Parit Buntar: 51,860

N.08 Titi Serong: 26,726

N0.9 Kuala Kurau: 25,134

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");