Sukan Hari Ini

Rahsia Liverpool ‘Dalam Kocek’ City

PEMAIN Manchester City, Ilkay Gundogan percaya pasukannya mempunyai cara bagaimana untuk mengelak daripada tewas di tangan Liverpool pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-juara Eropah di Anfield awal pagi Khamis nanti.

Gundogan yang merupakan bekas pemain Borrusia Dortmund di bawah kendalian Jurgen Klopp berkata, walaupun keyakinan mereka tinggi, namun The Citizens masih perlu berwaspada dengan ancaman ‘tiga serangkai’ lawannya itu (Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane).

“Tabik hormat untuk trio Liverpool yang telah menjaringkan banyak gol musim ini dan mereka juga menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan kami musim ini.

“Walaupun begitu, kami sudah tahu bagaimana kami boleh tewas 3-4 di tangan mereka sebelum ini. Semua itu bukan lagi rahsia.

“Jadi, saya yakin kepulangan semula ke Anfield selepas tewas sebelum ini akan menjadi motivasi terbesar buat kami. Kami akan hadir dengan harapan besar untuk memperoleh keputusan yang baik dan membawa kelebihan untuk aksi kedua di Etihad nanti,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");