Perak Hari Ini

Rakyat Akui Zambry Kerap Turun Padang, Ambil Berat Masalah Mereka

LUMUT: Penduduk Pangsapuri Bukit Permata rata-rata mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak, pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berjaya menyelesaikan masalah berkaitan pengeluaran hak milik strata yang dikatakan berlarutan sehingga tujuh tahun.

Atas inisiatif 3P (Turun Padang, Penyelesaian dan menyelami Perasaan) yang sentiasa dijadikan pendekatan pentadbiran Zambry, isu yang dihadapi lebih 1,000 penduduk itu akhirnya menemui titik noktah, berikutan lawatan kerjanya ke daerah Manjung.

Dikatakan lawatan pada Disember tahun lalu membuahkan hasil apabila pelbagai pihak antaranya, Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri, bagi menyelesaikan masalah penduduk di situ.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Bukit Permata, Masrawi Abd Ghani, 37 yang ditemui pada Majllis Penyampaian Hak Milik Strata oleh Menteri Besar kepada Pemaju dan Badan Pengurusan Manjung di Taman Bukit Permata, dekat sini, baru-baru ini berkata dirinya kini dapat merasa lega apabila masalah itu dapat diselesaikan.

Malah dia juga mengakui berasa bangga apabila isu penduduk di sini mendapat perhatian yang serius daripada Menteri Besar sendiri.

“Masalah ini sudah lama tetapi dengan hasil lawatan Datuk Seri Menteri Besar yang kerap ke sini dan terakhir sekali pada Disember tahun lalu, alhamdulilah, ianya dapat diselesaikan,” katanya.

Pada masa sama, salah seorang penduduk, Abdul Hamid, 39 yang turut ditemui turut senada dengan Masrawi selain menaruh harapan agar kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dapat dikekalkan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

“Jika beliau dikekalkan menjadi Menteri Besar sekali lagi ianya baik dan bukan sahaja dapat membangunkan kawasan ini, malah di seluruh negeri Perak.

“Sebagai rakyat, kita nampak segala kerja membantu rakyat yang beliau buat. Bukan sahaja hendak pilihanraya sahaja sebaliknya, dia bekerja setiap masa,” ujarnya yang sudah menetap di situ sejak 15 tahun yang lalu.

Tambahnya, sebelum ini, selain masalah berkaitan pemilikan hak strata, antara isu yang turut membelenggu penduduk yang mendiami 10 blok di pangsapuri tersebut ialah berkaitan dengan urusan air dan eletrik.

Pada majlis penyampaikan berkenaan, selain Pangsapuri Bukit Permata, antara pangsapuri lain yang turut menerima hak milik strata ialah Pangsapuri Taman Seri Pangkor, Pangsapuri Laguna, Pangsapuri Samudera, serta Pangsapuri Anjung Lekir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");